tp, apakah itu kawan?
geng warung kopi.
member seperjuangan.
member lepak-lepak.
rakan2 skolah atau teman mase kite kecik.
tade prejudis, tade perbezaan, tade pertandingan dan tade persaingan.
sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nmpk dunia bukan lg sekadar hitam dan putih.
persahabatan adalh satu perjalanan yg sukar diduga.
kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan,teman dan rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada didepan kita.
hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali.hanya menunggu keadaan yang menentukan arah persahabatan.
oh ya.kita bercakap bukan sekadar bercakap.mendengar bukan sekadar mendengar.kita memerlukan seseorg untuk memahami kekusutan diri kita.jadi kita kembara mencari dengan penuh harapan.
si dia yg telah kita kehilangan.
tanpa menyedari kita sudah pun bertemu dgn pengisi kekosongan dan pengganti tempat kita mengadu.
kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata-kata,dan kita mungkin terkapai-kapai untuk bersuara.tetapi pengalaman dan kenangan yg kita genggam selama ini akan menjadi pengikat
persahabatan......yg bakal kita jalinkan.
dalam persahabatan,diperlukan keserasian dan keikhlasan.brulh boleh ngam.
dan dlm kenal-mengenal antara satu sama lain pula,mest ada kesabaran dan kesefahaman.
akhirnya bila kita bertemu dan saling berkenalan,bila kita sudah sehaluan,hanya masa menentukan haluan perjalanan kita.
menunggu.rasanya sepanjang hidup kita,kita asyik menunggu.
menunggu masa.
menunggu peluang.
menunggu nasib.
menunggu tanpa penghujung.
sehingga kita asyik bertanyakan, bila,bila,bila dan bila?
atau sampai bila?
tetapi walau mcm mana bosan,jemu ,jenuh menunggu, kita terpaksa menunggu.
dah jadi mcm satu pekerjaan pulak, atau satu bidang yg tidak mendatangkn hasil.
tp kadang-kadang, menunggu tu kita rasa berbaloi jugak.
bila kawan-kawan ada disamping kita.
bila semuanya luar kawalan kita..apa yang kita boleh buat..
apa yg kita boleh buat,hanya tunggu dan lihat..
apabila kita sedar dunia yang kita bina mula rapuh dan retak,kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan,kerana itu saja yg mampu kita lakukan..
kita sedar perjalanan yg mendewasakan kita tidak akan mudah yg kita impikan..
hubungan yg kita jalinkn menjadi semakin rumit..
badan yg bertungkus lumus menampung hidup semakin penat.
hati yg kita harap akan lembut menjadi semakin keras.
dan kesunyian yg membelunggungi diri menjadikn kita semakin teringin mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan.
tetapi kita perlu mengharungi hidup ini...
selangkah demi selangkah.
bergelut dgn diri sendiri
dan berhadapan dgn beban yg dtg mencari.
kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang, dan merampas kembali apa yg.....
hilang
No comments:
Post a Comment